PETALING JAYA – Rakyat mula menarik nafas lega susulan kerajaan mengumumkan bersetuju pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 hari ini.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa kesyukuran kerana dibenarkan untuk mengakses wang KWSP untuk kemudahan hidup.
“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,maafkan kami rakyat Malaysia kerana terlalu mendesak.
“Untuk masa sekarang terlalu ramai diantara kami yang amat memerlukan sokongan dari pihak kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup,” komen Mohd Nadzri.
“Alhamdulillah terima kasih kepada semua pihak yang membantu rakyat terkesan seperti kami, semoga Allah memberkati kalian semua,” ujar Tam.
“Jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan barisan pelaksana menjalankan kajian serta mendengar rintihan rakyat,” komen Syed Syahbudin.
Dalam pada itu, salah seorang pengguna media sosial, Redza Zainol berkata, dia amat bersyukur dengan keputusan kerajaan dan berharap kriteria pengeluaran longgar serta memudahkan rakyat. – KOSMO! ONLINE