fbpx

Pemandu treler ‘hilang’ selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan treler yang membawa muatan baja terbalik di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Seri Putra, Bangi, Kajang semalam.

KAJANG – Seorang pemandu treler bertindak melarikan diri dari lokasi selepas kenderaan itu terbalik dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Seri Putra, Bangi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 1.10 tengah hari ketika treler yang membawa muatan baja dari arah Plaza Tol Seri Putra menghala Bandar Bukit Mahkota.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang Bukit Mahkota sebelum terbalik ke sebelah kanan jalan.

“Kemalangan tersebut menyebabkan treler menghalang satu laluan dari arah Bangi menuju arah Plaza Tol Seri Putra.

“Namun begitu, kejadian tidak membabitkan mana-mana kenderaan awam yang melalui jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu treler berusia 30 tahun itu dipercayai tidak mengalami kecederaan serius dan sudah beredar dari lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu treler atau sebaliknya,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya sudah memanggil pemilik treler ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan dan usaha mengesan pemandu treler pula sedang giat dijalankan.

Petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi turut ke lokasi bagi membersihkan tumpahan minyak diesel dari tangki treler. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI