fbpx

31,234 kes sembuh lepasi jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 31,234 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,533,994 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan 26,534 kes dengan 176 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 10,516 kes (39.63 peratus), kategori dua sebanyak 15,842 kes (59.71 peratus), kategori tiga sebanyak 65 kes (0.24 peratus), kategori empat sebanyak 65 kes (0.24 peratus) dan kategori lima 46 kes (0.18 peratus).

“Daripada 176 kes kategori tiga, empat dan lima, 45 kes (25.57 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 91 kes (51.70 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 40 kes (22.73 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 95 kes (53.98 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 61 kes (34.66 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 376 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 222 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI