fbpx

Video tular tikus dalam wad, pihak hospital buat penambahbaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular memaparkan tikus bekeliaran di wad sebuah hospital.

SEREMBAN – Pihak Hospital Tuanku Ja’afardi sini telah melakukan siasatan serta-merta susulan sebuah video yang menunjukkan tikus berkeliaran di wad hospital terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, beberapa langkah penambahbaikan telah diambil bagi mencegah insiden sama daripada berulang dengan menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah di samping menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya di semua wad.

“Pihak konsesi penyelenggaraan hospital juga telah diarahkan untuk mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan kuantiti pemasangan perangkap telah dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ini termasuklah penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan ‘Planned Preventive Maintenance’ (PPM) mengikut frekuensi yang telah ditetapkan iaitu pada setiap hari
dan setiap bulan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang wanita berkongsikan mengenai keadaan di sebuah hospital kerajaan yang tidak dipastikan lokasinya dipenuhi tikus liar di wad.

Video TikTok yang dimuat naik semula ke Twitter itu difahamkan terjadi kepada kakak kepada wanita itu di mana anaknya telah ditahan di hospital tersebut kerana Covid-19.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Wad 3B Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban dan dalam video tersebut dipaparkan ayat ‘Steady wad gomen untuk budak sekali dengan tikus”. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI