fbpx

Siti Nordiana, anak tunai umrah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORDIANA dan anaknya.

PETALING JAYA – Genap seminggu selepas berjuang dalam Anugerah Juara Lagu (ke-36), semalam Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana ‘terbang’ ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Penyanyi dan penyanyi ini meminta orang ramai mendoakan dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci.

“Bismillahirrahmannirrahim. Insya-Allah, Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan umrah.

“Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya.

“Ampun maaf jika ada salah dan silap dari kami,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pemergian penyanyi dan pelakon itu ditemani anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 13.

Nana, 38, turut memuat naik gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan sudah bersedia untuk berangkat.

Penyanyi Angkara itu mengerjakan umrah buat kali pertama pada Disember 2017 bersama anak dan bapanya.

Perkongsiannya meraih maklum balas peminat dan rakan selebriti yang mengakui tumpang gembira dengan perkhabaran gembira tersebut.

Antaranya Alif Satar, Shuib, Tomok, Siti Elizad, Farawahida, Sherry Alhadad, Catriona Ross, Fedtri Yahya dan Salina Saibi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI