fbpx

Haaland ubati keresahan Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND yang sudah pulih daripada kecederaan nyata melegakan Dortmund selepas kehilangan ramai tonggak utama akibat cedera. – AFP

MUNICH – Kemunculan semula dua tonggak, Erling Haa­land dan Gio Reyna daripada kecederaan nyata melegakan kem Borussia Dortmund untuk menghadapi Mainz di MEWA Arena, awal pagi esok.

Berita itu pastinya menjadi suntikan semangat buat Borussia Dortmund untuk cuba meraih kemenangan dalam baki sembilan perlawanan musim ini dan Haaland dan Reyna di­jangka akan berada dalam ke­sebelasan utama.

Pengurus Borussia Dortmund, Marco Rose melihat perkhabaran itu hadir tepat pada masanya selepas turut dihimpit masalah kecederaan dikalangan beberapa lagi pemain utamanya.

Ketika ini, Dortmund sudah pun kehilangan beberapa nama seperti Marco Reus masih lagi kurang sihat, Mats Hummels, Raphael Guerreiro (positif Co­vid-19), Dan-Axel Zagadou (otot koyak), Youssoufa Moukoko (hamstring), Thomas Meunier (cedera paha) dan Steffen Tigges (patah buku lali).

“Marco Reus masih lagi sakit di rumah. Mats Hummels dan Raphael Guerreiro bertambah baik. Dalam tempoh beberapa hari lagi, kesemuanya akan berpeluang untuk menguji kemampuan masing-masing.

“Sudah pasti kami perlu menunggu ujian perubatan. Manuel Akanji juga bertambah baik ketika menjalani proses pemulihan, namun kita akan lihat sama ada beliau mampu atau tidak diturunkan pada aksi menentang Mainz,” kata Rose. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI