fbpx

Real Madrid makin selesa di takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA meraikan jaringannya ketika membantu Real mengatasi Real Mallorca 3-0 pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Dua gol Karim Benzema dan satu oleh Vinicius Junior mengekalkan rentak kemenangan Real Madrid selepas menundukkan Real Mallorca 3-0, awal pagi semalam.

Kemenangan itu menjadikan Real Madrid kini berkelebihan 10 mata di puncak La Liga ­selepas pencabar terdekat, Sevilla ­tercicir mata ketika seri dengan Rayo Vallecano pada Ahad lalu.

Situasi itu makin men­cerahkan peluang skuad kendalian Carlo Ancelotti memburu ­kejuaraan La Liga yang kini masih berbaki 10 perlawanan saja lagi.

Namun, dalam perlawanan semalam, Real Mallorca juga berjaya tampil lebih baik khususnya di babak pertama.

“Tiada apa yang berubah. Kami memiliki kelebihan dan berada dalam situasi agak positif pada musim ini. Kami juga perlu memastikan pasukan menamatkan aksi sebelum rehat ­antarabangsa dengan prestasi terbaik.

“Saya fikir kami berada dalam keadaan terbaik. Kami bermain dengan baik di babak kedua dan fokus kami selepas ini adalah untuk memastikan kemenangan pada aksi bertemu Barcelona,” kata Ancelotti.

Walaupun terikat tanpa ja­ringan pada aksi 45 minit pertama, Vinicius memastikan Real ­Madrid memulakan babak kedua dengan cemerlang apabila hanya memerlukan tempoh 10 minit untuk membuka jaringan.

Seterusnya, Benzema terus pamer kualiti apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit, masing-masing pada minit ke-77 dan 82. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN