fbpx

Volvo XC40 Pure Recharge Electric dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin (kiri) bersama Charles Frump ketika melancarkan model XC40 Recharge Pure Electric di The Brick House, MAHSA di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Volvo Car Malaysia melancarkan model kenderaan elektrik (EV) XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, pelancaran model itu merupakan sebahagian usaha global Volvo untuk menjadi syarikat pengeluar EV sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Katanya, bermula tahun 2022 Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk melancarkan satu model EV baharu pada setiap tahun.

“Volvo XC40 Recharge Pure Electric merupakan kenderaan EV pertama Volvo di Malaysia dan model EV pertama dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volvo Malaysia.

“Volvo Car Malaysia juga akan mengeksport EV ke pasaran negara-negara ASEAN tidak lama lagi,” katanya ketika majlis pelancaran model berkenaan di The Brick House, MAHSA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Frump berkata, model itu menggunakan platform kenderaan utiliti sports (SUV) premium kecil Volvo dengan menggunakan pacuan semua roda dengan enjin elektrik sepenuhnya.

“Model ini mampu bergerak sehingga 418 kilometer (km) dengan sekali caj.

“XC40 Recharge Pure Electric hanyalah salah satu daripada pelbagai inisiatif kami untuk menggalakkan para pengguna menggunakan kenderaan elektrik ke arah masa depan,” tambahnya.

Harga model berkenaan bagaimanapun hanya akan diumumkan pada 4 April 2022, yang mana pelanggan berminat boleh menempah secara dalam talian pada hari yang sama.

“Penghantaran XC40 Recharge Pure Electric ini akan bermula pada penghujung April 2022 dan pelanggan yang berminat boleh menempah pandu uji melalui www.volvovars.com/my,” tambah Frump. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI