fbpx

Novartis terima anugerah tiga tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patrik Grande

PETALING JAYA – Syarikat ubat terkemuka Novartis Malaysia telah diiktiraf sebagai Top Employer 2022 untuk tahun ketiga berturut-turut. 

Kejayaan berganda di peringkat Malaysia dan Asia Pasifik yang diterima syarikat itu telah dianugerahkan oleh Institusi Majikan Tertinggi.

Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Malaysia Patrik Grande berkata, pihaknya berasa berbangga dengan kejayaan besar syarikat itu sebagai Majikan Teratas untuk tiga tahun berturut-turut.

“Memandangkan dunia kami terus berubah pada kadar yang radikal, kami meningkatkan impak melalui cara kami bekerjasama dan berkembang. 

“Kami berkembang maju untuk menghidupkan budaya kerja yang diilhamkan,ingin tahu dan unbossed setiap hari di Novartis Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. 

Anugerah tersebut mengambil kira budaya kerja yang diilhamkan, ingin tahu dan Tanpa Bos (Unboss) di Novartis yang mana konsep tersebut akan  membolehkan rakan-rakan sekerja menunjukkan prestasi terbaik mereka untuk bekerja setiap hari. 

Selain itu, organisasi juga telah memastikan dasar yang kondusif disediakan untuk membentuk persekitaran kerja yang selamat, memberikan fleksibiliti, menekankan kerjasama, memupuk kepunyaan, memupuk kesejahteraan, serta kemahiran dan mengekalkan bakat.

Selain itu, Ketua Novartis Malaysia People Organization (P&O) Anne Heng menerangkan,  pensijilan ini bukan sahaja suatu pencapaian tetapi bukti nilai organisasi dalam memandu dan menerapkan dasar mengutamakan pekerja.

“Kami meletakkan fleksibiliti sebagai teras tetapi memperkasakan hubungan dan kerjasama manusia. Rakan sekerja dan pengurus berpeluang untuk mereka bentuk semula cara kerja mereka secara organik selaras dengan aspirasi budaya kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI