fbpx

LHDN sumbang 2,401 rim kertas A4 kepada 10 buah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi penyerahan sumbangan kertas A4 kepada SK Tanjung Sepat, Selangor

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberi sumbangan sebanyak 2,401 rim kertas A4 kepada 10 buah sekolah di negeri Selangor menerusi siri Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, program itu digerakkan oleh Pusat Sumber LHDN, Jabatan Logistik Korporat.

“Program itu dilaksanakan melalui Inisiatif mengumpulkan sumbangan kertas A4 dari kalangan warga kerja LHDN bagi memastikan pihak sekolah yang terpilih mempunyai bekalan kertas A4 yang mencukupi sebelum sesi baharu persekolahan dibuka mulai minggu hadapan.

“Hal ini sangat penting dalam menjamin urusan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Selain itu, program yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk melahirkan warga kerja LHDN yang prihatin dan membina hubungan yang baik dengan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Indah menerima rim kertas paling banyak dengan 410 rim.

“Selain itu SK Bukit Beruntung 2 menerima sebanyak 370 rim kertas, SK Kampung Johan Setia (370), SK Bukit Tinggi (270), SK Bandar Baru Salak Tinggi (240) serta SK Tanjung Sepat (240),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI