fbpx

Keadaan Jahidah menyayat hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Jahidah yang semakin kurus dengn luka 'bedsore di bahagian belakang badan dan kakinya yang semakin teruk ketika ditemui di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Keadaan fizikal mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami, Jahidah Nordin berubah menjadi kurus selain luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk selepas dibenarkan keluar dari Wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini Jumaat lalu.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, sangat sedih melihat keadaan Jahidah, 43, dan tidak dapat menahan sebak menangis di hadapan doktor ketika urusan membawa pulang kakaknya keluar daripada wad.

Fauziah dalam nada hiba berkata, selepas lebih sebulan dimasukkan ke wad tanpa berjumpa ahli keluarga, keadaan Jahidah sangat kurus serta badan penuh berdaki dan yang paling teruk luka atau ‘bedsore’ pada bahagian pinggulnya sangat dalam sehingga menampakkan tulang punggung.

“Saya terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sangat kurus. Kakinya dipenuhi kudis dan saya juga mendapati ‘bedsore’ yang sebelum ini sudah pulih kini sangat teruk.

“Kakak seolah tidak dijaga dan diabaikan dengan kuku tangan dan kakinya panjang. Selepas dibawa balik saya mengelap badannya dan terpaksa menukar air beberapa kali kerana daki banyak sangat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Menurut Fauziah, beberapa hari selepas pulang ke rumah, air kencing Jahidah sangat sedikit, namun selepas diberikan susu empat jam sekali secara rutin, barulah air kencing kakaknya kembali normal seperti sebelum ini.

“Saya tidak tahu bagaimana pihak hospital menjaga kakak. Sebelum ini kakak juga pernah dimasukkan ke wad bersalin di hospital sama, tetapi keadaanya jauh beza daripada sekarang, kakak dijaga dengan baik.

“Saya mempersoalkan tindakan dan cara penjagaan kakak, namun doktor memaklumkan kakitangan tidak cukup dan pesakit ramai. Kami pula tidak dibenarkan melawat kakak kerana alasan Covid-19,” katanya yang melawat Jahidah hanya dua kali sejak dimasukkan ke hospital Januari lalu.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, pihak hospital hanya memohon maaf dan memaklumkan keadaan Jahidah yang terlantar di atas katil menyebabkan risiko luka ‘bedsore’ menjadi lebih teruk.

“Saya tidak sanggup melihat keadaan kakak macam ini dan seolah serik untuk menghantarnya ke hospital lagi, namun dalam masa sama bimbang sekiranya keadaan kakak tidak stabil,” katanya.

Fauziah memberitahu, selagi mampu dia akan bertahan dan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga Jahidah dan bayinya J. Eshan Nufail.

Pada 24 Februari lalu, Kosmo! melaporkan Jahidah disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di HTJ di sini selepas pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama.

Terdahulu, Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI