fbpx

512 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 512 individu ditahan pihak polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 59 individu terlibat ditahan direman, manakala 452 lagi individu dikompaun.

Menurut beliau, atara kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka (14), aktiviti kelab malam (294), `private party’ (56) dan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (4).

“Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (32), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (103).

“Turut ditahan premis beroperasi melebihi tempoh (8) dan gagal mematuhi arahan kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (1),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemantauan keatas 3,989 pasar raya, 5,405 restoran, 1,331 penjaja, 1,146 kilang, 3,860 bank dan 663 pejabat kerajaan semalam.

Menurut beliau, turut dipantau 1,146 terminal pengangkutan darat, 211 terminal pengangkutan air dan 108 terminal pengangkutan udara.

Dalam pada itu, katanya, Operasi Benteng oleh pasukan keselamatan semalam menahan seramai 80 pendatang asing tanpa izin (PATI), enam penyeludup dan satu tekong.

Jelas beliau, seramai 20 PATI terbabit ditahan di Sungai Nipah Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI