fbpx

Murali Abdullah sertai Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murali (tiga dari kiri) menyerahkan borang penyertaan sebagai ahli baharu Pas kepada Abdul Hadi di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah menyerahkan borang penyertaan sebagai ahli baharu Pas di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dia yang sebelum ini merupakan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) sejak 2018 telah melepaskan keahlian parti itu berkuatkuasa semalam selepas membuat pengumuman itu di Facebooknya.

Menurut Murali, 57, dia merasakan seperti dilahirkan semula selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Menceritakan mengenai titik tolaknya untuk menyertai Pas, katanya, sebelum ini, dia mendengar banyak kritikan terhadap Hadi daripada kepimpinan Amanah sebelum mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah Hadi pada bulan Jun lalu.

“Ketika kunjungan itu, Abdul Hadi melayan saya dengan baik. Rumahnya juga sederhana dan berbeza dengan pandangan majoriti ahli dan pimpinan Amanah. Banyak pandangan mengenainya ternyata tidak benar.

“Saya menganggap sudah bercerai talak tiga dengan Amanah. Selepas ini, mungkin saya menjadi orang yang paling tidak disukai Amanah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi hari ini.

Menurut Murali yang berkerusi roda akibat menghidap strok separuh badannya, dia bercadang untuk menjadi ahli Pas di Terengganu kerana dia kini sudah menetap di Kampung Binjai Rendah dekat Marang.

Katanya, selepas menjadi ahli Pas, dia bercadang untuk menggunakan kepakaran dalam bidang pengarahan untuk menghasilkan dokumentari khas berkenaan Abdul Hadi sebagai penghargaannya kepada pemimpin itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI