fbpx

Jalaludin dilantik Ketua Cawangan Khas Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Ahmad Ramdzan (kiri) dan Jalaludin pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Cawangan Khas (KCK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Senior Asisten Komisioner Jalaludin Hamid dilantik mengetuai KCK IPK Johor berkuatkuasa hari ini.

Jalaludin, 56, menggantikan Deputi Komisioner Ahmad Ramdzan Daud yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetian Cawangan Khas Bukit Aman.

Jalaludin berkata, dia akan berusaha meneruskan legasi serta kecemerlangan yang sudah dicapai Jabatan Cawangan Khas diterajui Ahmad Ramdzan.

“Saya tertarik dengan ucapan Ketua Polis Johor yang mahukan pemimpin yang mempunyai fikiran kritis, konvervatif dan kreatif.

“Tiga kata ini bukan sahaja untuk difahami tetapi perlu dipraktikan untuk mencapai objektif penugasan kita di dalam dunia kepolisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas KCK di IPK Johor Bahru di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jalaludin yang berasal dari Temerloh, Pahang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun dan pernah bertugas di negeri Kedah, Pahang dan Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI