fbpx

Wanita kecewa kereta dipecah masuk, dokumen mendiang ayah dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ellye berkongsi keadaan keretanya setelah dipecah masuk dan sebuah bakul yang berisi dokumen penting milik mendiang bapanya.

PETALING JAYA – Susulan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ketika ini, ramai sanggup bertindak agresif sehingga berani melakukan jenayah demi mendapatkan wang.

Terbaharu, seorang guru, Ellye Ornella Ramuald berkongsi pengalamannya apabila menjadi mangsa kecurian setelah kereta yang ditinggalkan di ruangan parkir sebuah pusat membeli belah di Sabah telah dipecah masuk oleh individu lain, semalam.

Apa yang lebih menyedihkan adalah dokumen penting berkaitan mendiang bapanya turut diambil oleh pencuri dalam insiden tersebut.

Menurut Ellye, kesedihan meratapi pemergiaan bapanya pada sebulan lalu masih dirasai dan kini dia diuji sekali lagi dengan kejadian yang tidak diduga itu.

“Sebulan sehari selepas dugaan bapa dipanggil Tuhan, hari ini datang lagi ujian untuk saya.

“Selama ini saya hanya dengar atau baca berita pasal kereta kena pecah masuk, semalam terjadi dengan saya pula.

“Saya datang Imago dengan tiga orang kawan saya, sekitar pukul 3.45 petang, kami parkir di tingkat tiga, L3-184 dan antara kawasan parkir yang dekat dengan pintu masuk Imago,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Ellye, kejadian tersebut hanya disedari selepas dia dan tiga rakannya yang lain selesai berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan.

Selepas diperiksa, cermin kereta pada bahagian penumpang belakang telah dipecahkan dan sebuah bakul berisi segala dokumen penting mendiang bapanya juga lesap.

“Apabila periksa kereta ada satu benda yang hilang, bakul putih berbunga merah jambu yang berisi dokumen penting yang berkaitan dengan urusan mendiang bapa saya. Saya baru siap berurusan di KWSP, itulah saya bawa bakul itu bersama-sama saya.

“Silap saya juga sebab bakul itu saya letak dalam kereta, tapi siapa yang sangka, benda ini terjadi dan sebagai pengajaran, bawa la apa-apa yang penting bersama kalau jalan, jangan biarkan dalam kereta,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia memaklumkan laporan polis telah dibuat dan menyerahkan kepada mereka untuk jalankan siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI