JOHOR BAHRU – Kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.
Kenderaan pelbagai guna jenis Toyata Velfire dilihat memasuki pintu belakang istana kira-kira pukul 2.17 petang.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut membuat kunjungan ke istana bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -KOSMO! ONLINE