DALAM menjalani gaya hidup sihat, setiap daripada kita haruslah sentiasa melakukan aktiviti kecergasan.
Untuk tujuan itu, peranti penjejak kecergasan seperti Galaxy Fit2 amat diperlukan untuk menyokong mencapai matlamat kesihatan dengan melakukan aktiviti menyihatkan.
Melalui peranti itu, seseorang individu boleh memantau setiap aktiviti kecergasan yang dilakukan.
Kebanyakan daripada kita tidak menyedari berapa banyak pergerakan yang perlu dibuat setiap hari untuk mengukur tahap kesihatan.
Dalam hal ini, peranti tersebut boleh menjejak jumlah pergerakan dibuat dan membolehkan kita untuk lebih bermotivasi melakukan aktiviti kecergasan.
Melalui peranti ini juga, kita boleh merekod pergerakan secara automatik seperti berapa langkah yang diambil, kalori yang dibakar, jumlah jarak perjalanan, kadar denyutan jantung dan lain-lain lagi.
Selain itu, Galaxy Fit2 boleh menjejak aktiviti kecergasan lain seperti berlari, berenang, mendayung dan sebagainya.
Galaxy Fit2 ini dikuasakan dengan bateri yang tahan lama dan boleh bertahan sehingga 21 hari dengan sekali pengecasan penuh.
Apa yang istimewanya apabila menggunakan peranti ini, ia boleh merekodkan masa tidur dan bangun dengan tepat.
Ini sekali gus membantu seseorang mengetahui corak tidur dan memperbaikinya jika perlu.