fbpx

Stesen TV dikecam jemput ‘Kak Long 7E’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Kak Long 7E (tengah) tular ketika hadir di sebuah stesen televisyen berkenaan.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah stesen televisyen menjemput wanita yang pernah tular sebelum ini kerana mengamuk di sebuah kedai serbaneka sebagai jemputan di salah sebuah programnya mendapat kecaman orang ramai.

Dipercayai, wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ itu diundang ke rancangan berkenaan bagi mengupas isu kejadian yang tular.

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan saluran televisyen tersebut kerana dianggap seolah-olah menyokong perbuatan wanita berkenaan.

Tangkap layar hantaran salah seorang hos program stesen televisyen tersebut.

Orang ramai turut mempersoalkan mengapa pihak saluran televisyen tidak menjemput individu yang diserang didalam video tular kerana sifat sabar pekerja itu yang perlu diketengahkan.

“Patutnya dia kena panggil pekerja yang diserang itu. Sebab pekerja itu adalah mangsa. Sifat sabar dan lemah lembut percakapannya yang patut dicontohi. Kalau nak naikkan orang yang tak beretika, lama-lama makin lemak masyarakat kita ni,” kata Nazura.

“Kecewanya, saya pernah hantar proposal benda ilmiah dia tidak mahu. Benda mengarut macam ini dia terima pula untuk naikkan ‘rating’ tayangan,” ujar holil.

“Bukan salah stesen, tapi inilah hakikat nak trending kena buat kandungan yang macam ini,” kata cekodok pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI