fbpx

Tiada fenomena Aurora di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Aurora Borealis (utara) yang berjaya dirakam oleh Balai Cerap Telok Kemang semasa ekspedisi menjejak aurora borealis pada tahun 2015 di Tromso, Norway. /FOTO IHSAN BALAI CERAP TELOK KEMANG

PORT DICKSON – Tiada rekod yang menunjukkan fenomena Aurora pernah kelihatan di negara ini.

Jelas Ketua Unit Baitul Hilal, Telok Kemang, Muzamir Mazlan, hanya negara yang berhampiran kutub utara atau kutub selatan sahaja yang boleh melihat fenomena berkenaan.

“Fenomena Aurora tidak kelihatan di negara ini seperti yang ditularkan. Tiada rekod bertulis juga yang menunjukkan bahawa ia pernah kelihatan di negara ini pada masa yang lepas.

“Fenomena ini juga tiada ketetapan waktu dan bergantung kepada aktiviti matahari. Aurora akan kerap kelihatan di negara berhampiran kutub apabila berlakunya ribut suria.

“Fenomena ribut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah pada bulan September 1859 dengan menampakkan Aurora sehingga ke negara berhampiran latitud 20 darjah seperti Hawaii, Mexico dan Cuba,” katanya hari ini.

Menurut Muzamir lagi, secara ringkasnya fenomena ribut suria (matahari) akan berlaku apabila terdapat letusan besar di permukaan matahari.

“Akibat daripada letusan tersebut, zarah bertenaga tinggi dari matahari akan melepasi ruang angkasa dan memasuki medan magnet bumi di kutub utara dan selatan.

“Interaksi di antara zarah ribut suria tersebut dan zarah lain yang berada di lapisan atmosfera bumi akan menghasilkan cahaya berwarna seperti hijau, biru dan jingga yang dikenali sebagai Aurora,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI