fbpx

Remaja maut tersepit mesin pengisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja menemui ajal apabila ditemui maut tersepit mesin pengisar dalam kejadian di sebuah kilang di Jalan Megah 1/3, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Fendy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan mesin pengisar.

“Mangsa sedang tunduk membuat pembersihan di dalam mesin tersebut dan secara tiba-tiba ia berputar serta menyebabkan kepala dan bahu mangsa terkena mesin.

“Seorang rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian telah bergegas mematikan suis mesin dan memanggil rakan sekerja yang lain untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam mesin berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal namun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI