fbpx

Messi, Neymar dicemuh penyokong sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kanan) dan Messi dicemuh penyokong sendiri ekoran kegagalan PSG mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. – AFP

PARIS – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dan Neymar dicemuh penyokong sendiri meskipun membantu pasukan itu menang 3-0 ke atas Bordeaux dalam saingan Liga Perancis di Stadium Parc des Princes malam kelmarin.

Cemuhan itu ditujukan terhadap dua pemain tersebut setiap kali mereka memegang bola ekoran kegagalan PSG mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real Madrid.

Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino mengakui faham dengan kekecewaan yang ditunjukkan penyokong, namun menjelaskan, semua pemain turut dibelenggu rasa kecewa susulan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

“Pasukan menunjukkan res­pons yang cukup profesional selepas kekalahan sebelum ini. Saya percaya semua orang yang sayangkan PSG berkongsi pera­saan sama, begitu juga dengan pemain.

“Kami semua terkesan, namun faham dengan kekecewaan yang diluahkan penyokong. Sebagai pasukan, kami perlu harungi keadaan ini bersama dan bertanggungjawab dengan keputusan terdahulu,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, PSG yang masih terluka selepas gagal melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara menampilkan aksi lebih kemas dan berjaya meledak tiga gol menerusi Kylian Mbappe, Neymar dan Leandro Paredes.

“Saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan semua pemain kerana kami turun dengan keadaan kurang baik tetapi pemain-pemain tetap profesional. Sudah tentu saya lega kerana memastikan tiga mata menjadi milik kami,” ujar Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN