fbpx

Skuad bola keranjang negara berguru di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IAN HOCK (empat dari kanan) bergambar bersama skuad bola keranjang kebangsaan pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan tajaan kepada skuad 3x3 yang menyertai Kelayakan Piala Dunia di Kuala Lumpur kelmarin.

PENYERTAAN dalam liga domestik Filipina menjadi langkah awal Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) untuk menyediakan skuad terbaik bagi menghadapi Sukan SEA, Hanoi pada Mei depan.

Pemilihan Filipina dilihat bersesuaian memandangkan negara itu adalah kuasa besar bola ke­ranjang di rantau Asia Tenggara dan penyertaan pada Liga Filbasket itu akan membabitkan 14 pasukan.

Presiden MABA, Datuk Lee Tian Hock berkata, pihak­nya menyasarkan untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir saingan Liga Filbasket.

“Skuad kebangsaan berlepas ke Manila semalam dan di sana pasukan negara akan menyertai liga profesional. Pertandingan itu akan membabitkan 14 pasukan dan kita sudah ada sasaran.

“Kita mahu cuba layak ke separuh akhir. Penyertaan pada liga ini juga adalah sebahagian daripada persiapan Sukan SEA nanti,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera dan tajaan kepada skuad 3×3 yang akan menyertai Kelayakan Piala Dunia kelmarin.

Daripada senarai pemain yang dibawa ke Filipina, empat daripadanya akan diterbangkan ke Doha, Qatar bagi membawa cabaran negara pada Kelayakan Piala Dunia 3×3 2022 bermula 25 dan 26 Mac ini.

Pada Kelayakan Piala Dunia nanti, skuad 3×3 negara yang bakal dibimbing Chin Zhi Shin diletakkan dalam satu kumpulan bersama Sri Lanka dan Iran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI