fbpx

Serang dua beradik kerana tidak puas hati dipandang ketika minum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Hanya kerana tidak berpuas hati bertentangan mata ketika minum di kafe, dua beradik menjadi mangsa serangan menggunakan pengunci stereng oleh tiga individu di kawasan parkir hadapan sebuah kedai di Taman Petaling Indah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi, salah seorang beradik tersebut berusia 27 tahun lebam di bibir selain luka di bahagian kanan perut dan tangan serta kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua beradik tersebut termasuk salah seorangnya bekerja sebagai kontraktor berusia 31 tahun yang menuju ke tempat letak kenderaan telah didatangi empat suspek menaiki sebuah kenderaan.

Katanya, tiga daripada suspek keluar dengan dua daripadanya dikenali mangsa iaitu sebagai ‘Suthesh’ dan ‘Rajiv’.

“Suspek terus menyerang menggunakan pengunci stereng sebelum mengenai bahu kanan kontraktor tersebut yang kemudiannya bertindak melarikan diri kerana mendapati suspek turut bersenjatakan parang atau pisau.

“Adik kontraktor tersebut yang turut diserang mengalami lebam di bibir selain terdapat kesan luka di bahagian kanan perut dan tangan selain kaki kiri. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bertindak maklumat pihaknya kemudiannya berjaya menahan dua suspek berusia 26 dan 27 tahun di sekitar Bandar Klang.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dan punca serangan disebabkan berlaku sedikit selisih faham selepas tidak berpuas hati bertentang mata semasa minum di sebuah kafe.

“Usaha mengesan suspek lain masih giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI