fbpx

‘Rasa jerung hendak makan saya’ – Shiha alami aquaphobia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA mengakui dia takut berendam dalam air kerana membayangkan dirinya akan dimakan ikan.

PETALING JAYA – Kedengaran seperti mengada-ngada, namun penyanyi yang kini bergelar pelakon, Shiha Zikir mengakui dirinya fobia terhadap air kerana pernah mengalami peristiwa hampir lemas ketika kecil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd Zikir berkongsi sebuah video menunjukkan dia ketakutan ketika masuk ke dalam sebuah kolam renang kerana dihantui perasaan fobia.

Dakwa selebriti berusia 34 tahun itu, selain fobia kerana pernah hampir lemas di dalam air, dia juga diselubungi rasa takut kerana ‘percaya’ terdapat ikan jerung yang hendak memakannya ketika berada di dalam air.

“Untuk yang minta video saya takut air, ini untuk anda (video). Jangan gelak! Rasa macam ada ikan jerung hendak makan saya. Selain itu rasa seperti ada hantu atau orang tengok (mengintai) di celahan lubang (pada tepi kolam),” katanya.

Ujar pelantun lagu Aewo itu, sejak kecil dia memang sudah mempunyai rasa fobia pada air kerana pernah beberapa kali berdepan dengan detik cemas apabila hampir lemas.

“Saya memang fobia dengan air sejak daripada kecil. Rupa-rupanya macam-macam kejadian berlaku melibatkan air sejak mak mengandungkan saya lagi.

“Saya pernah hampir lemas dalam baldi sewaktu kecil. Pernah juga hampir lemas ketika di laut. Sehingga sekarang takut air,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, kelihatan Shiha sangat takut ketika turun ke dalam sebuah kolam sambil berkali-kali menjerit memanggil ibunya.

Sekadar info, fobia pada air atau aquaphobia merupakan sejenis ketakutan berlebihan oleh seseorang individu terhadap air.

Selalunya golongan aquaphobia ini takut pada air kerana pernah berdepan dengan pengalaman hampir lepas sehingga membuatkan diri mereka berasa trauma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI