fbpx

20 PATI ditahan ketika masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang ditahan di Sungai Nipah, Haji Doraini, Sabak Bernam di sini semalam.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SABAK BERNAM – Hasrat 20 pendatang asing tanpa izin ( PATI ) Indonesia menyusup masuk negara ini berjaya dipatahkan apabila ditahan di sekitar Sungai Nipah, Haji Doraini di sini semalam.

Kesemua PATI berusia 21 hingga 41 tahun itu ditangkap pukul 12.30 tengah malam menerusi Ops Benteng Covid oleh Pasukan Gerakan Am ( PGA ).

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, mereka didapati baharu sahaja tiba di negara ini dari Indonesia menerusi laluan tidak diwartakan kerajaan.

“Mereka terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita didapati menyusup masuk menaiki bot sebelum mendarat di pesisir Sungai Nipah.

“Kesemua PATI kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Zulafendy, PATI itu kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI