fbpx

Penjawat awam ditahan rasuah lepaskan suspek kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang penjawat awam ditahan selepas terlibat dalam rasuah bernilai RM13,000 dengan tidak meneruskan siasatan dan melepaskan seorang individu yang melakukan satu kesalahan jenayah, dua tahun lalu.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 30an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira pukul 4 petang tadi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang bertugas di sebuah daerah di negeri ini melakukan kesalahan itu pada Jun 2020.

“Suspek dipercayai telah menerima wang suapan berjumlah RM13,000 daripada seorang individu.

“Ini sebagai balasan untuk tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu tersebut yang ditahan atas satu kesalahan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini, esok untuk permohonan reman,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI