fbpx

Awas, musibah besar jika bumi dirosakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF, WARTAWAN EKSEKUTIF

SEMAKIN hari semakin banyak bencana alam yang berlaku di bumi bertuah Malaysia sehinggakan banyak nyawa menjadi korban selain menyebabkan kerugian luar biasa kepada negara.

Sedang kita diuji dengan pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak akhir tahun 2019, kita juga diuji dengan pelbagai bencana alam yang semakin hari semakin membinasakan.

Bermulanya banjir besar yang berlaku pada penghujung tahun 2021 sehingga mengorbankan ba­nyak nyawa, Malaysia seakan menerima ‘tumbukan’ bertubi-tubi apabila banyak bencana alam berlaku dalam tempoh yang singkat.

Keadaan menjadi ‘huru-hara’ apabila kawasan Lembah Klang yang jarang menghadapi musibah seperti banjir mengalami nasib yang sama sehinggakan ribuan kenderaan tersadai di te­ngah jalan.Awas, musibah besar jika bumi dirosakkan

Suasana berkenaan bukan sahaja menyebabkan rakyat panik, malah pelbagai agensi yang terlibat dalam pengendalian bencana hampir tidak menang tangan membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana ini.

Kosmo! pada Disember tahun lalu melaporkan, sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan berpendapat Malaysia akan terus berdepan situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. La­tiff Ahmad selepas mengadakan sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik.

Abd. Latiff berkata, penyelidik tempatan itu juga meramalkan bencana alam mungkin akan berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.

“Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala, namun kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya.

Bumi yang semakin uzur ini harus dipelihara dan dipulihara sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang dapat hidup dengan dalam keadaan yang selesa yang jauh daripada bencana alam.

Pihak-pihak tertentu juga harus mengambil iktibar dalam memastikan keadaan sama se­perti banjir dan tanah runtuh tidak berlaku selain mengambil langkah proaktif dalam menguruskan hal ini.

Pada masa sama, rakyat di negara ini perlu lebih berwaspada pada masa hadapan kerana Malaysia dijangka berdepan dengan bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang ekoran kesan pemanasan global yang menyebabkan per­ubahan iklim.

Antara bencana alam yang bakal berlaku lebih kerap berbanding sebelum ini seperti kejadian tanah runtuh, banjir besar, kemarau, gelombang haba dan kebakaran hutan serta tanah gambut.

Orang ramai disarankan agar sentiasa merujuk ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan info cuaca terkini selain membuat perse­­­dia­an awal bagi menghadapi segala kemungkinan.

Penjagaan terhadap alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan jangan menuding jari kepada mana-mana pihak kerana bencana alam memang tidak boleh dielakkan, namun dapat dikurangkan risiko serta ke­sannya.

Secara kesimpulannya, ta­namkan sikap mencintai alam sekitar dan jagalah bumi ini untuk keharmonian bersama. Tidak salah kita bermula dengan diri sendiri sebelum menjadi contoh yang baik untuk individu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI