fbpx

‘Spesies manusia musuh No. 1 ekosistem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MALAYSIA berterus-terusan dilanda bencana alam. Jika dilihat, tahun lalu beberapa amaran telah dikeluarkan pakar bencana dan cuaca atau penyelidik bidang tersebut.

Kerajaan sendiri pernah mengeluarkan ‘amaran’ bahawa negara ini akan berdepan situasi bencana alam luar biasa serta lebih kerap pada masa mendatang.

Jika dahulu kita boleh menjangkakan bulan atau tempoh sekian-sekian bencana melanda negeri sekian-sekian, namun pada masa ini, situasi tersebut sudah berubah. Seluruh negara berisiko serta berdepan dengan ancaman bencana alam.

Perubahan-perubahan ini disebabkan pemanasan global. Punca utama pemanasan global adalah daripada pelbagai aktiviti manusia.

Untuk ‘hidup’, manusia perlu ‘bergerak’. Manusia perlu ‘bergerak’ untuk menjana ekonomi. Apabila ‘bergerak’ manusia menghasilkan haba.

Contohnya memasak, memandu kenderaan tanpa sedar kita telah melepaskan karbon. Contoh besar pula adalah aktiviti perkilangan, penebangan hutan atau kebakaran hutan.

Jadi ‘dosa terbesar’ kemusnahan terletak di tangan manusia. Jika terus menerus memusnahkan ekosistem. Seperti yang kita sedia maklum bencana alam ini bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, malah turut melibatkan kehilangan nyawa.

Semalam, negara mula memasuki fasa peralihan monsun dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei. Ini menandakan negara bakal berdepan situasi ribut petir yang membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat.

Kegagalan sistem saliran bakal merisikokan kawasan-kawasan rendah atau berhampiran sungai dengan bencana banjir kilat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) ke-138 baru-baru ini juga telah mengumumkan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka panjang bagi menguruskan bencana berikutan keadaan cuaca tidak menentu ini.

Antara penyelesaian jangka pendek diumumkan adalah menaik taraf sistem ramalan dan amaran cuaca agar pihak berkuasa lebih-lebih lagi penduduk boleh mengambil langkah awal jika berlaku bencana.

Memetik ucapan aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio, “Perubahan iklim adalah nyata, ia sedang berlaku sekarang. Ia adalah ancaman paling mendesak yang dihadapi seluruh spesies kita, dan kita perlu bekerjasama secara kolektif dan berhenti berlengah-lengah.”

Penulis bersetuju bahawa semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Sudah boleh berhenti kotorkan alam jika tidak mahu Malaysia jadi negeri ‘bawah air’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI