fbpx

Mayat pencari kayu lemas ditemui selepas dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa yang ditemui kira-kira empat kilometer selepas lemas di Sungai Nibong, Kuala Balah dekat Jeli, Sabtu lalu. - Foto IHSAN BOMBA

JELI – Selepas dua hari dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras Sungai Nibong, Kuala Balah di sini semasa mengambil upah mengutip kayu Sabtu lalu, mayat seorang lelaki akhirnya ditemui oleh orang awam pagi tadi.

Mangsa, Che Mat Nasir Che Mat, 44, ditemui pada pukul 11.05 pagi tadi kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim berkata, selepas mangsa dikhuatiri lemas, bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki itu yang turut disertai lebih 50 anggota penyelamat termasuk penduduk kampung.

Menurutnya, operasi pada awalnya mengalami kesukaran ekoran terdapat runtuhan kayu di jambatan berhampiran.

“Tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa telah membantu operasi mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui orang awam pagi tadi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin ketika dihubungi Kosmo! berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI