fbpx

Akses Instagram disekat di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laman Instagram di Rusia hari ini muncul dalam senarai sumber online yang disekat oleh badan pengawal selia media Rusia, Roskomnadzor. - AFP

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu hari ini selepas Moscow dilaporkan menuduh syarikat induknya, Meta, sebagai membenarkan muat naik berbentuk keganasan disuarakan terhadap negara itu.

Tindakan itu diambil selepas akses terhadap Facebook dan Twitter turut disekat di Rusia awal bulan ini sebagai sebahagian daripada langkah Moscow untuk mengawal penyebaran maklumat mengenai operasi ketenteraannya di Ukraine.

Laman Instagram di Rusia hari ini muncul dalam senarai sumber online yang disekat oleh badan pengawal selia media Rusia, Roskomnadzor.

Facebook dan Instagram digunakan secara meluas di Rusia dan menjadi platform media sosial paling popular dalam kalangan golongan muda negara itu.

Bagi kebanyakan perniagaan kecil pula, Instagram merupakan platform utama untuk pengiklanan, jualan dan komunikasi bersama pelanggan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI