fbpx

Nelayan jatuh laut ketika menjaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan mencari dan menyelamat serta nelayan tempatan melakukan pencarian ke atas seorang warga emas yang terjatuh ketika menjaring ikan di Pulau Pisang, Pontian, Sabtu lalu.

PONTIAN – Usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan yang terjatuh dari sebuah bot pukat jaring di perairan timur Pulau Pisang dekat sini, Sabtu lalu masih diteruskan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 61 tahun dikatakan keluar menjaring ikan pada sebelah pagi bersama dua lagi rakannya.

Katanya, ketika sampai dilokasi kejadian, bot tersebut telah terlanggar satu objek menyebabkan juragan dan seorang nelayan terjatuh kelaut, juragan naik semula ke atas bot, namun seorang lagi tidak dapat dikesan.

“Ekoran kejadian tersebut pengusaha atau pemilik bot telah membuat laporan di Balai Polis Pontian dan pihak kami telah meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) di Kukup bagi usaha mencari dan menyelamat.

“Gerakan mencari turut dibantu oleh beberapa aset yang berada di lapangan namun masih gagal menemui lelaki tersebut dilokasi dimana dia telah terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI