fbpx

Tiada lagi pengeluaran wang KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan tiada lagi pengeluaran khas KWSP.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi bayangan bahawa tiada lagi pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan selepas pelaksanaan skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga skim sebelum ini itu merupakan pengeluaran prapersaraan yang hanya diperkenalkan sebagai langkah sementara.

“Tiga program ini hanya langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli KWSP dalam menempuh impak Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Negara lain seperti Australia, Chile dan Peru juga membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat, tetapi sekarang tidak lagi dibenarkan.

“Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan Covid-19,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI