fbpx

Cuaca buruk di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat bakal berlaku di Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud di Sabah.

“Manakala keadaan yang sama turut melibatkan kesemua kawasan di Melaka dan Johor,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang nanti bagi negeri-negeri terlibat.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi negeri Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling serta beberapa daerah di negeri Perak dan Selangor.

“Cuaca buruk turut diramal berlaku di seluruh kawasan negeri Perlis dan Kuala Lumpur.

“Keadaan hujan lebat serta ribut petir di negeri-negeri ini pula dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang hari ini,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI