fbpx

Ramai terkejut lihat gadis makan ikan mentah tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang gadis sedang makan isi ikan mentah di tepi jalan

PETALING JAYA – Tabiat merupakan satu perlakuan yang wujud dalam diri setiap seseorang individu dan menjadi sebagai kebiasaan untuk diamalkan selalu.

Sejak kemarin, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan seorang gadis dengan selamba memakan isi ikan mentah yang baru sahaja di beli ketika berada di tepi jalan.

Menerusi perkongsian oleh Fiqhrul Annuar di TikTok, video tersebut telah mencuri tumpuan orang ramai dan rata-ratanya terkejut melihat tindakan gadis berkenaan dan ada yang berasa jijik dengan tindakan individu itu.

Kapsyen yang disertakan pada video itu juga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang lain.

“Awek kau cantik, makan ikan mentah tak?, kadang terfikir dia ini orang ke bukan,” tulis pengguna tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meminta gadis tersebut hentikan tabiatnya yang suka makan ikan mentah kerana dikatakan kotor dan tidak bersih serta risau akan mengundnag kepada masalah kesihatan yang lain.

Menarik perhatian lagi, apabila ada segelintir pengguna yang beranggapan gadis tersebut mempunyai pendamping sehingga sanggup bertindak seperti itu.

“Risau la tengok dia makan macam itu, cuba bawa pergi jumpa ustaz atau pakar, mungkin ada sesuatu pada badan,” ujar seorang pengguna di TikTok.

Dalam pada itu, ada pengguna yang sempat membuat lawak berhubung kejadian tersebut.

“Ingat bang, kalau ikan mentah pun dia boleh makan, mungkin nanti abang pun dia telan hidup-hidup,” seloroh Raizzudin.

Sehubungan itu, gadis tersebut tampil memuat naik video dengan memohon maaf kepada orang ramai susulan tindakannya memakan ikan mentah sehingga mendapat kecaman dan teguran pedas daripada orang ramai.

“Saya nak mohon maaf susulan video yang tular sejak kemarin, dan terima segala bentuk teguran dan nasihat semua orang, saya akan terus perbaiki diri dan cuba ubah cara pemakanan saya,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI