fbpx

Toh Puan Rahimah meninggal dunia ekoran serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toh Puan Rahimah Stephen disahkan meninggal dunia pagi tadi. - Foto: Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU – Isteri kepada Ketua Menteri Sabah pertama yang juga Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga, Allahyarham Tun Fuad Stephens iaitu Toh Puan Rahimah Stephen meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Faridah Stephens ketika dihubungi hari ini.

Allahyarhamah yang berusia 92 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di hospital swasta selepas terjatuh hujung minggu lalu.

Toh Puan Rahimah dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, Sabah. Allahyarhamah juga pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah.

Pada 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO) yang ditubuhkan oleh suaminya.

Rahimah kemudian menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan wakil rakyat Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI