fbpx

Pengawal keselamatan direman bunuh, bakar wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat dalam keadaan rentung disyaki dibunuh di dalam bilik bengkel kemahiran hidup, sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras di sini kelmarin akan direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 30-an itu direman semalam ini hingga 19 Mac bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa yang berusia 25 tahun bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah terbabit sejak Februari lalu.

“Mangsa dipercayai tidak mempunyai sebarang hubungan dengan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian, namun kita mengesyaki mangsa berkemungkinan dirogol di bilik lain sebelum dibakar di dalam bilik tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga masih menunggu laporan penuh perubatan bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami mangsa.

Jelasnya, setakat ini pihak bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran.

Katanya lagi, hasil semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, mayat seorang wanita yang disyaki dibunuh ditemui dalam keadaan rentung di dalam bengkel kemahiran hidup sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini kelmarin.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek yang berusia 30-an kira-kira pukul 6 petang di lokasi kebakaran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI