fbpx

Kerja alih batu dihentikan sebab ada runtuhan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian runtuhan kuari yang menyebabkan dua mangsa tertimbus di Keramat Pulai, Ipoh.

IPOH – Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan sementara operasi mencari mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini berikutan terdapat runtuhan kecil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak berkata, pergerakan batu dikesan pada pukul 10.35 pagi tadi.

“Kerja-kerja pengalihan batu dihentikan seketika berikutan terdapat runtuhan kecil.

“Pasukan penyelamat masih dalam skop kerja pemerhatian dan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari,” ujarnya.

Jarak laluan untuk ke lokasi utama mangsa dipercayai tertimbus adalah sejauh kira-kira 20 meter.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi Selasa lalu, dua mangsa yang tertimbus dikenal pasti sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Operasi yang masuk hari keenam melibatkan 63 anggota seperti Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI