fbpx

Bastianini mahu berada di podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI kekal positif dengan potensi jentera menjelang perlumbaan GP Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika hujung minggu ini. – AFP

LOMBOK – Pemenang Grand Prix (GP) Qatar, Enea Bastianini tidak mahu terlalu mendabik dada menjelang perlumbaan GP Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika yang dija­dualkan berlangsung hujung minggu ini.

Meskipun melakar sejarah tersendiri di Qatar minggu lalu, namun pelumba pasukan Gre­sini Racing itu percaya saingan pasti menjadi lebih sengit menjelang pusingan kedua Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) itu nanti.

Bastianini mengakui, dia tidak tahu sama ada mampu untuk menampilkan aksi sama seperti di Qatar, namun percaya kemampuan jentera berdasarkan catatan masa dilakukan pada sesi ujian pramusim sebelum ini.

“Sudah tentu saya tidak pasti kami boleh terus pantas se­perti di Qatar pada GP Indonesia nanti. Bagaimanapun, saya percaya dengan potensi yang dimiliki jentera kami.

“Kami sangat pantas di Jerez dan Mandalika pada ujian pramusim terdahulu. Selain itu, saya juga turut melakukan rekod sepusingan di Malaysia, justeru saya mahu terus berada di podium,” kata pelumba Itali itu.

Pada masa sama, dia juga berwaspada dengan potensi yang dimiliki pasukan-pasukan lain termasuk KTM dan Repsol Honda berdasarkan perlumbaan di GP Qatar minggu lalu.

“Memang saya yakin dengan kemampuan diri tetapi anda semua tahu apa yang boleh dilakukan oleh Pol Espargaro (Honda), Brad Binder (KTM) serta pelumba-pelumba lain. Oleh itu, saya tidak boleh terlalu selesa,” ujar Bastianini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI