fbpx

Farah Ann sukar lupakan gimnastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAH ANN menyatakan keinginannya untuk terus menyumbang tenaga dalam sukan gimnastik yang diceburinya sejak 25 tahun lalu meskipun sudah bersara.

MESKIPUN sudah membuat keputusan untuk bersara sebagai atlet, namun ia tidak bermaksud ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi akan melupakan terus arena sukan tersebut.

Sebaliknya, gimnas berusia 27 tahun itu yang pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyatakan keinginannya untuk terus menyumbang tenaga dalam sukan yang diceburinya sejak 25 tahun lalu.

Meskipun sukar membuat keputusan itu, namun Farah masih mampu tersenyum memandangkan hasratnya untuk beraksi pada pentas Sukan Olimpik terlaksana selain bersara mengikut perancangan.

“Terima kasih kepada semua. Gimnastik akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya kerana ia adalah minat saya. Saya harap dapat berikan sesuatu kembali kepada sukan ini pada masa hadapan.

“Saya mungkin sudah bersara sebagai atlet tetapi saya sentiasa mahu terus melibatkan diri dalam dunia sukan. Di sepanjang perjalanan ini, saya mencapai impian untuk layak dan beraksi di Sukan Olimpik,” katanya menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Sebagai rekod, Farah boleh dianggap antara atlet gimnastik artistik negara paling berjaya pada temasya Sukan SEA apabila merangkul tujuh emas ketika menyertai edisi 2015 di Singapura, 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Filipina).

Atlet kelahiran Subang Jaya itu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi gimnas ketiga negara beraksi pada Olimpik selepas Au Li Yen (Olimpik Sydney 2000) dan Ng Shu Wai (Olim­pik Athens 2004).

“Selepas 25 tahun yang menakjubkan dalam sukan ini, saya sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal daripada menjadi seorang gimnas kompetitif. Terima kasih gimnastik atas memori indah serta pengalaman yang diperoleh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI