fbpx

19 warga asing dan 31 pengunjung ingkar SOP PKPP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 19 warga asing dan 31 pengunjung sebuah pusat hiburan di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur ditahan ketika sedang leka berhibur kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

KUALA LUMPUR – Seramai 19 warga asing dan 31 pengunjung sebuah pusat hiburan yang sedang leka berhibur ditahan dalam satu serbuan di Kuchai Entrepreneurs Park, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 2.45 pagi susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Dalam serbuan tersebut, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun yang berperanan sebagai pengurus premis telah ditahan bersama seorang lelaki Bangladesh, lima lelaki Vietnam dan 13 wanita warga Vietnam yang disyaki sebagai pekerja serta gadis pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan.

“Turut ditahan adalah 20 lelaki dan sembilan wanita tempatan berusia 20 hingga 50 tahun yang disyaki sebagai pelanggan pusat hiburan tersebut kerana berada di dalam premis berkenaan melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zairulnizam, semakan mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan mengaji pekerja warga asing dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan WPKL 1992 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

“Suspek warganegara asing direman 14 hari hingga 25 September depan sementara menunggu laporan dari Jabatan Imigresen manakala 31 pengunjung pula dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Zairulnizam turut menegaskan kepada pemilik premis perniagaan pub atau bar untuk tidak menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah dan tindakan tegas juga akan dikenakan kepada premis yang tidak memiliki lesen perniagaan sah.

“Orang ramai juga dinasihati agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ujar beliau. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI