fbpx

Gadis kepala bengkok selamat dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFSHEEN dan abangnya, Yaqoob (kiri) duduk di atas bangku di New Delhi, India selepas tiba dari Pakistan pada November lalu untuk pembedahan. – Tanzeel Ur Rehman/Cover Asia Press

ISLAMABAD – Seorang remaja dari Pakistan yang mengalami keadaan gangguan otot sehingga menyebabkan kepalanya menjadi bengkok 90 darjah dilaporkan selamat menjalani pembedahan untuk meluruskannya, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Afsheen Gul, 13, dipercayai mengalami satu gangguan yang menyebabkan lehernya membengkok dengan teruk dikenali sebagai Atlanto-axial rotatory dislocation (AARD).

Masalah itu muncul apabila dia disahkan mengalami cerebal palsy pada usia lapan bulan selepas lehernya tercedera ketika bermain di luar rumah. 

Sejak itu, Afsheen hidup dalam kesakitan kerana tidak dapat menegakkan kepalanya. Dia mengalami kesukaran untuk makan, menggunakan tandas dan berjalan.

Keadaannya juga menghalang gadis itu daripada bersekolah. Dia menghabiskan hari-harinya di rumahnya di bandar Mithi dalam wilayah Sindh bersama ibu dan abangnya.

Kisah Afsheen mendapat perhatian pada 2016 selepas satu artikel disiarkan di laman web berita dan menjadi tumpuan ramai. Susulan itu, laman dana penyumberan ramai, GoFundMe telah dilancarkan untuk membantu keluarganya membayar wang pembedahan.

Pada minggu lepas, Afsheen menjalani pembedahan di sebuah hospital di New Delhi dengan dana berjumlah AS$34,000 (RM142,613) yang dikumpulkan di GoFundMe. Menerusi pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya menyatukan tengkorak ke tulang belakang gadis itu.

Ketua pasukan pembedahan, Dr. Krishnan berkata, matlamat utama adalah untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang. 

Afsheen dilaporkan akan dibenarkan keluar dari hospital pada bulan ini dan pulang ke Pakistan. Dia bagaimanapun perlu terus memakai pendakap leher. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI