fbpx

Penularan varian Delta di Hong Kong berpunca daripada hamster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seekor hamster yang diberi makan oleh pemiliknya di Hong Kong pada 19 Januari lalu. - AFP

HONG KONG – Satu kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati asal usul penularan varian Delta yang berlaku di bandar itu pada Januari lalu adalah berpunca daripada hamster-hamster yang diimport, lapor laman berita Wion News semalam.

Kajian dijalankan oleh Universiti Hong Kong (HKU) bersama Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan itu mendedahkan bahawa hamster dari Syria menjadi punca penularan varian Delta dua bulan lalu.

Mereka mendapati lebih separuh daripada 28 ekor hamster Syria yang diimport ke bandar itu dari kedai haiwan peliharaan di daerah Causeway Bay telah menunjukkan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Ujian penjujukan genom mendedahkan haiwan-haiwan itu telah dijangkiti pada Oktober lalu.

Para penyelidik kelmarin meminta lebih banyak kawalan ke atas haiwan import selepas mendapati hamster boleh dijangkiti dan menyebarkan Covid-19.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa SARs-Cov-2 mungkin menular ke haiwan lain tanpa disedari. Ia menyediakan ruang untuk virus itu menyesuaikan diri dan kembali kepada manusia,’’ kata laporan itu. 

Pada Januari lalu, sebanyak 2,000 ekor hamster import telah dimusnahkan selepas pihak berkuasa Hong Kong percaya jangkitan Covid-19 daripada haiwan kepada manusia telah membawa kepada penularan di itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI