fbpx

Cameron Diaz tidak hiraukan kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON DIAZ

PELAKON Cameron Diaz mendedahkan bahawa dia bukanlah seorang wanita yang rajin untuk menjaga kecantikan kulit, bahkan tidak pernah mencuci wajahnya dengan produk pembersih muka.

Sejak mengundurkan diri daripada dunia lakonan beberapa tahun lalu, aktres berusia 49 tahun itu juga tidak lagi membazirkan wang membeli set penjagaan wajah kerana berasakan perkara itu tidak lagi penting.

“Sejak memperlahankan kerjaya lakonan, saya tidak lagi mengeluarkan biaya yang besar untuk menjaga wajah.

“Saya juga tidak lagi menjadi ‘objek’ untuk diperdagangkan supaya sentiasa perlu memiliki wajah yang cantik dan menawan,” ujarnya.

Kata pelakon filem Charlie’s Angels itu lagi, dia juga kini jarang mencuci muka dan lebih selesa tampil dengan imej semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia pada wajah.

“Saya tidak pernah mencuci muka. Bahkan saya juga jarang memakai produk penjagaan wajah. Mungkin dua kali dalam sebulan sudah memadai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI