fbpx

KPKT sokong usaha AADK banteras penyalahgunaan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal (kanan) memerhatikan anak muda melakukan demonstrasi memanah sempena Karnival Kuala Muda ‘Bebas’ anjuran AADK di Penaga, Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyokong usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam memulihkan kawasan berisiko tinggi bagi mewujudkan komuniti yang lebih selamat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya kagum dengan usaha agensi itu yang berterusan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah khususnya di kawasan Parlimen Kepala Batas.

“Di peringkat KPKT, kita mengusahakan konsep ‘Kehidupan berdaya huni’ dan konsep ini tidak termaktub kepada kepada pembangunan perumahan, infrastruktur dan kemudahan semata-mata.

“Perhatian turut perlu diberikan terhadap soal keharmonian, keselamatan, kesejahteraan masyarakat secara umumnya.

“Terus terang, masalah penyalahgunaan dadah akan merencatkan hasrat kita untuk mewujudkan kehidupan berdaya huni ekoran pelbagai masalah timbul disebabkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kuala Muda ‘Bebas’ di pekarangan Madrasah Al Saadah di Kepala Batas sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, berdasarkan data AADK, kawasan Kuala Muda, Pulau Mertajam dan Bakau Tua di sini diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko tinggi dengan masalah penagihan serta penyalahgunaan dadah.

“Justeru, kementerian bersedia untuk memberikan peruntukan bagi membina Dataran Anak Muda Penaga bagi menggalakkan golongan belia setempat melibatkan diri dalam aktiviti sihat.

“Kita akan mencari lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan lokasi buat anak muda menjalankan aktiviti sesuai sekali gus dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI