fbpx

PRN Johor titik permulaan MUDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq

PETALING JAYA – Kemenangan sulung calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi titik permulaan perjuangan parti itu.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, manakala bagi enam DUN yang gagal dimenangi parti itu, MUDA akan menjadi pembangkang berkualiti dengan meneruskan politik khidmat.

“Terima kasih kepada anak Johor kerana memberi peluang untuk Muda bertanding. Menang atau kalah, politik khidmat tetap akan diteruskan.

“Ini adalah permulaan bagi Muda. Muda akan ada ‘track record’ berkhidmat untuk bertapak bukan saja pada pilihan raya ini, tetapi juga pilihan raya akan datang,” katanya malam tadi.

Calon Muda, Amira Aisya Abd. Aziz menang selesa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa selepas menang dengan majoriti 7,114 undi mengatasi lima lagi pencabar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerusi DUN itu dimenangi oleh bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mazlan Bujang dengan memperoleh majoriti 24,959 undi.

“Sudah pasti bukan mudah untuk Muda, sebuah parti baharu dalam tempoh dua bulan, parti ‘underdog’ dan menggunakan bendera sendiri yang baru disebarkan,” kata Syed Saddiq lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI