fbpx

Pemilik premis, pengunjung pusat hiburan dikompaun RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 20 individu termasuk pengurus premis dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di pusat hiburan di ibu kota, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan mendapati premis itu melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN Fasa 4 2021 yang masih dikuatkuasakan ketika ini.

“Serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.45 malam.

“Seramai 19 individu terdiri daripada 14 lelaki dan lima wanita warga tempatan berumur antara 21 hingga 40 tahun dipercayai pengunjung di pusat hiburan berkenaan telah dikompaun RM1,000 seorang.

“Seorang lelaki berumur 48 tahun dipercayai pengurus premis pusat hiburan berkenaan turut dikompaun dan ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah RM20,000 bagi pengunjung termasuk pemilik premis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI