fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir kesemua negeri di Semenanjung menunjukkan keadaan cuaca cerah pagi ini kecuali sekitar perairan Selat Melaka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di YouTube berkata, keadaan cuaca cerah pada pagi ini dijangka berterusan sehingga tengah hari ini sahaja.

“MetMalaysia meramalkan hujan dan ribut petir berpotensi masih lagi berlaku di kawasan pedalaman sekitar Semenanjung terutamanya di sekitar negeri Perak hingga Johor menjelang lewat petang hingga ke tengah malam nanti.

“Selain itu, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan negeri di Kelantan dan Terengganu bermula awal petang ini,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, keadaan cuaca di Sabah pada ketika ini menunjukkan keadaan cerah pagi ini.

“Manakala di Sabah, hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada awal petang di sekitar kawasan Pedalaman dan Sandakan sehingga malam nanti,” ujarnya.

Kata MetMalaysia, di Sarawak, masih terdapat beberapa kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

“Pada sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk bakal melanda kawasan pedalaman dan barat di negeri Sarawak sehingga malam nanti,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI