AMPANG – Sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian tanah runtuh berlaku sekali lagi di Taman Bukit Permai 2, di sini lewat petang tadi.
Melalui video berdurasi 20 saat itu, kelihatan sejumlah pokok tumbang susulan gelongsoran tanah runtuh.
Video berkenaan dipercayai dirakam oleh penduduk berhampiran lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.
“Ya, kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dan harta benda yang terjejas,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar itu.
Terdahulu, KOSMO! ONLINE melaporkan empat maut manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 kelmarin. – KOSMO! ONLINE