PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) menang tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 10.25 malam tadi.
Keputusan berkenaan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
DUN yang dimenangi ialah DUN Gambir, Tenang, Bukit Naning, Yong Peng, Benut, Kukup, Kahang dan Johor Lama.
Satu kerusi dimenangi Perikatan Nasional iaitu DUN Endau, manakala Pakatan Harapan menang DUN Bentayan. – KOSMO! ONLINE.