fbpx

Gimik murahan, sekarang Mona pula ‘tercekik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS sengaja mencipta kekecohan kononnya dicekik berul-betul oleh Iqram, Mona terkilan pula dengan kecaman ramai.

SATU Malaysia kena tipu hidup-hidup! Demikian luahan ramai netizen berikutan isu pelakon Mona Allen dicekik Iqram Dinzly sewaktu penggambaran drama mereka yang rupa-rupanya sekadar gimik.

Waktu isu itu jadi bualan hangat minggu lalu, Diva pun tak terkecuali beri perhatian. Iyalah, nama pun kontroversi dunia hiburan kan.

Cuma, selepas dah puas semua orang marah-marah dan kecam sana sini, Mona menerusi Instagramnya memaklumkan semua itu hanyalah agenda publisiti untuk menghangatkan drama berkenaan.

Eh, siapa tak bengang kalau kena tipu atau dalam bahasa pasar yang agak kasar, kena ‘kencing’. Sebab awal-awalnya, ramai yang kasihan dengan Mona kerana dicekik Iqram sampai merah-merah mukanya. Tup tup, gimik semuanya!

Tambah menghairankan Diva, tergamak pula Mona ‘play victim’ konon-kononnya terkilan apabila membaca komen, kecaman dan kutukan netizen yang didakwa kebanyakannya adalah wanita.

Pening memikirkan apa sebenarnya Mona nak. Dia sengaja bikin sensasi dan timbulkan kemarahan orang sehingga mereka rasa ditipu, kemudian nak pusing cerita, terkilan kerana dikecam.

Nak gimik, gimiklah sampai habis, cepat sangat mengaku ‘cerdik’. Nah merasalah tercekik leher sendiri.

Orang kata, jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.

DIVA: Hebat betul netizen kita jadi penyiasat dan peguam tak berbayar untuk kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI